widgeo.net

Monday, 17 October 2016

MEREKA BENTUK LAMAN WEB (online shop : Izzati's Collection)

Assalamualaikum w.b.t

Untuk semester nie, saya serta sahabat2 kelas saya dikehendaki untuk mereka bentuk satu laman web yang bertemakan 'online shop' atau jualan atas talian.

Ini adalah halaman utama bagi laman web saya yang diberi nama Izzati's Collection.(Maaf jika laman web ini agak simple)



Dalam halaman utama ini, saya menggunakan kod HTML dan juga kod CSS.

Kod CSS digunakan pada navigation bar.Berikut adalah paparan bagi navigation bar laman web saya.


Ini adalah kod HTML untuk halaman utama saya.



Ini pula adalah kod CSS yang digunakan untuk membuat navigation bar.


Kemudian, ini pula halaman 'About Us'.



Paparan ini adalah coding untuk halaman 'About Us'.




Seterusnya, paparan bagi halaman 'Register'.



Berikut adalah paparan coding bagi halaman 'Register'.




Selain itu, saya juga membuat halaman bagi produk-produk yang saya jual.


Paparan di bawah adalah coding untuk membuat halaman 'Products'.







Akhir sekali, paparan bagi halaman 'Order'.


Paparan coding bagi halaman 'Order'.



Sekian, ini sahaja yang saya boleh kongsikan kepada semua mengenai laman web saya..

Saya akan cube perbaiki lagi laman web saya agar menjadi lebih menarik..

SENYUM SELALU ^_^





Tuesday, 9 August 2016

JUALAN ONLINE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sudah sekian lama saya tidak mengemaskini blog..
Ari ini saya ade membuat jualan shawl..


SHAWL BERCORAK LOVE..
BELUM PERNAH DIPAKAI..
KEADAAN MSIH OK (10/10)..
HARGA : RM10 JE..

Bagi sesiapa yang berminat, boleh hubungi atau PM saya di nombor ini..017-6231462

Ok laa..itu shj yang boleh saya update..

SENYUM SELALU ^_^

Friday, 22 April 2016

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

Assalamualaikum w.b.t

Pada kali ini, saya ditugaskan untuk memilih satu laman web dan membuat pembentangan tentang laman web tersebut.Laman web yang saya pilih adalah BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL.

SEJARAH
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal, telah ditubuhkan pada tahun 1964. Peranan utamanya adalah menentukan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara ini. Skop tugas BPTV termasuk memberi khidmat menyelidik, merancang, melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional (SMT/V) di seluruh Negara.
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Bermula 1 Mac 2008, berlaku satu pengstrukturan menyeluruh di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Teknikal ditukar kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan. BPTV terbahagi kepada 4 mengikut fungsi utamanya iaitu:
 i.  Pengoperasian Sekolah (dahulunya BPPTV),
ii.  Pengurusan Akademik (dahulunya BKTV),
iii. Pembangunan PTV (dahulunya BRS), dan
    iv. Pembangunan Kejurulatihan PTV (dahulunya BLKS).

Berikut adalah paparan bagi halaman utama BPTV : 


FUNGSI
  • Fungsi laman web ini adalah untuk memberi maklumat tentang pendidikan teknik & vokasional.


KELEBIHAN
  • Dapat mengetahui perkembangan baharu pendidikan teknik & vokasional
KEKURANGAN
  • Laman web ini terhad kepada bahagian pendidikan teknik & vokasional sahaja.
LAMAN WEB YANG MENJADI PESAING
  • KPM (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA)
CADANGAN PEMBAIKAN
  • Saya mencadangkan agar mengubah design laman web tersebut kerana bagi saya designnya tidak berapa menarik.
HARAPAN
  • Saya ingin terlibat dalam perekaan laman web ini.


Friday, 15 April 2016

KOMPONEN KEBOLEHCAPAIAN PANGKALAN DATA

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini saya ingin berkongsi maklumat tentang komponen kebolehcapaian pangkalan data.

Komponen kebolehcapaian pangkalan data terbahagi kepada tiga iaitu CONNECTIVITY, INTEROPERABILITY dan INTERFACE.

CONNECTIVITY
·         Adalah komponen yang diperlukan untuk membuat sambungan di antara pelanggan (client) dengan pangkalan data.
·         Komponen connectivity diperlukan bagi membolehkan pengguna menyambung ke dalam pangkalan data.

INTEROPERABILITY
·         Adalah struktur komponen iaitu (perkakasan, perisian, standard pangkalan data dan sebagainya) yang membolehkan mereka berinteraksi dan berkongsi maklumat di antara satu sama lain.

INTERFACE

·         Merupakan kebolehan dalam menyediakan kapasiti sistem untuk menyokong pelbagai persekitaran aplikasi yang dibangunkan pada pangkalan data.

Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini.
SENYUM SELALU ^_^

Friday, 4 March 2016

CARA MEMBUAT REPORT DARIPADA JADUAL

Assalamualaikum w.b.t 

Kali ini saya akan kongsi maklumat tentang cara membuat report daripada jadual.


Tujuannya adalah untuk salinan hardcopy, rujukan tanpa komputer, kegunaan luar pejabat, kertas kerja, majikan dan sebagainya.
  •  Buka Ms Access sedia ada. 
  • Klik pada tab ‘CREATE’.  
  • Klik pada mana-mana ikon report pada group menu report (cth:Report Wizard) untuk membuat jadual penginapan seperti contoh di bawah.


  •  Klik pada ikon ‘Report Wizard’ dan akan terpapar dialog box seperti di bawah.

  •  Pilih medan-medan pada dialog box tersebut.(cth:namaPelanggan, hotel, bilanganHari dan jumlahBayaran).

  • Klik button ‘Next’ dan ‘Finish’ pada dialog box-dialog box yang seterusnya.




  •  Hasilnya akan menjadi seperti paparan berikut.





Thursday, 11 February 2016

EXTENDED BINARY CODED INTERCHANGE CODE (EBCDIC)

Assalamualaikum w.b.t

Saya berkongsi maklumat tentang EBCDIC.

Definisi

  • Kod binari untuk aksara abjad atau angka yang dibangunkan oleh IBM

Sejarah

  • Dicipta pada tahun 1963 dan 1964

Contoh kod

A : 11000001
B : 11000010

Kebaikan

  • Terdiri daripad aksara 8 bit dan bukannya 6 bit iaitu aksara yang lama 

Kekurangan 

  • Hanya boleh digunakan untuk memproses aksara bahasa Inggeris dan bukannya aksara bahasa arab .

TRANSMISSION CONTROL PROTOCOL (TCP)

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya akan berkongsi maklumat tentang TCP.

DEFINISI

  • TCP merupakan salah satu protokol teras bagi suit protokol internet (SPI).TCP membekalkan khidmat pertukaran keutuhan data secara langsung diantara dua hos rangkaian pesanan merentasi satu atau lebih rangkaian.

SEJARAH 

Pada bulan Mei 1974, Institute Engineering Electrical and Electronical (IEEE) menerbitkan kertas kerja protokol untuk paket rangkaian.

OPERASI

1. Dengar 
*menunggu permintaan sambungan dari mana - mana TCP yang jauh.

2.Ditubuhkan
*mewakili sambungan yang terbuka,data yang diterima dapat disampaikan kepada pengguna.

3.Tutup
*menunggu sambungan penamatan permintaan pengakuan dari TCP yang jauh