widgeo.net

Friday, 22 April 2016

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

Assalamualaikum w.b.t

Pada kali ini, saya ditugaskan untuk memilih satu laman web dan membuat pembentangan tentang laman web tersebut.Laman web yang saya pilih adalah BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL.

SEJARAH
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal, telah ditubuhkan pada tahun 1964. Peranan utamanya adalah menentukan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara ini. Skop tugas BPTV termasuk memberi khidmat menyelidik, merancang, melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional (SMT/V) di seluruh Negara.
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Bermula 1 Mac 2008, berlaku satu pengstrukturan menyeluruh di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Teknikal ditukar kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan. BPTV terbahagi kepada 4 mengikut fungsi utamanya iaitu:
 i.  Pengoperasian Sekolah (dahulunya BPPTV),
ii.  Pengurusan Akademik (dahulunya BKTV),
iii. Pembangunan PTV (dahulunya BRS), dan
    iv. Pembangunan Kejurulatihan PTV (dahulunya BLKS).

Berikut adalah paparan bagi halaman utama BPTV : 


FUNGSI
  • Fungsi laman web ini adalah untuk memberi maklumat tentang pendidikan teknik & vokasional.


KELEBIHAN
  • Dapat mengetahui perkembangan baharu pendidikan teknik & vokasional
KEKURANGAN
  • Laman web ini terhad kepada bahagian pendidikan teknik & vokasional sahaja.
LAMAN WEB YANG MENJADI PESAING
  • KPM (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA)
CADANGAN PEMBAIKAN
  • Saya mencadangkan agar mengubah design laman web tersebut kerana bagi saya designnya tidak berapa menarik.
HARAPAN
  • Saya ingin terlibat dalam perekaan laman web ini.


No comments:

Post a Comment