widgeo.net

Tuesday, 1 September 2015

CARA PELAJAR BELAJAR MENGGUNAKAN INTERNET

Assalamualaikum semua..

Kawan-kawan sedar atau tidak bahawa cara pembelajaran pada masa dahulu dan kini amat jauh bezanya bagai langit dan bumi.Hal ini demikian kerana arus pembangunan semakin lama semakin maju dan munculnya pelbagai ciptaan yang baharu.Apabila internet diperkenalkan, ramai masyarakat kita yang lebih gemar menggunakan internet berbanding menggunakan kaedah yang lama.

Kali ini, saya akan mendedahkan tentang cara-cara pelajar belajar menggunakan internet.Antara caranya adalah dengan menggunakan kamus atas talian.Kamus atas talian memberikan pelbagai kemudahan kepada pelajar.Antara kelebihannya, ia ditawarkan secara percuma. Selain itu, ia turut memberikan panduan tatacara sebutan dengan betul. Pelajar hanya perlu mendengar cara sebutan perkataan berkenaan dan meniru sebutan itu. Ada dua jenis sebutan yang biasa digunakan iaitu sebutan cara British dan sebutan cara Amerika. Ada juga kamus secara atas talian yang menggunakan visual bagi membantu dan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu persoalan atau permasalahan. Bagi pelajar dalam bidang sains dan perubatan, mereka boleh melayari laman web Merriam-webster online dictionary memandangkan di dalamnya terkandung definisi bagi terminologi bidang sains dan perubatan. Selain itu, ada juga kamus atas talian lain yang tidak kurang popular dalam kalangan pelajar iaitu DictionaryReference.com. Ini memandangkan, kamus ini menggunakan perkataan yang mudah untuk difahami pelajar terutama mereka yang lemah dalam bahasa Inggeris. Ada kalanya, kamus yang menggunakan perkataan agak kompleks sehingga menyukarkan pelajar memahami definisi diberikan. Malah, ada juga kamus atas talian yang menyenaraikan cadangan perkataan mempunyai pengertian hampir menyamai sesuatu perkataan cuba dicari pelajar.

Selain itu,pelajar juga boleh menggunakan Google Images memaparkan imej yang memberi gambaran sesuatu perkataan. Contohnya, perkataan gallbladder stones. Pelajar hanya perlu menaip perkataan berkenaan menggunakan Google Images dan imej berkaitan batu hempedu boleh dilihat melalui paparan imej di skrin computer.

Seterusnya, Penggunaan Google Translate juga didapati agak popular dalam kalangan pelajar. Google Translate membantu pelajar mendapat gambaran kepada makna bahan bacaan berkenaan. Namun begitu, terjemahan yang diberikan tidak memberi makna tepat. Contohnya, perkataan bahasa Inggeris Run! There's a fire memberikan terjemahan 'Jalankan. Kebakaran berlaku.' Namun begitu, terjemahan sebenar ialah 'Lari! Terdapat kebakaran.' Ada juga bahan bacaan daripada laman web tertentu yang menggunakan kosa kata sukar dan memaparkan informasi terlalu baharu kepada pelajar.

Di samping itu, jika tidak memahami bahan bacaan berkenaan atau sesuatu topik yang sukar difahami, ada beberapa laman web yang boleh membantu seperti SlideShare dan juga YouTube. SlideShare adalah laman web yang banyak menggunakan Powerpoint. Ia menggunakan tulisan yang besar dan adakalanya diiringi audio yang memberi penerangan mengenai topik berkenaan. Laman web YouTube pula memaparkan video yang mengandungi rakaman sesuatu pengajaran, penjelasan, proses atau sebuah lakonan.

Selain itu juga, pengajar boleh memuat naik bahan pengajaran.Pelajar juga boleh membuka akaun dan melayari laman web Blendspace. Laman web Blendspace menyediakan ruang kepada tenaga pengajar untuk memuat naik bahan pengajaran mereka dan latihan berkaitan dengan topik pengajaran.Pelajar juga boleh menggunakan laman web lain yang mempunyai topik sama atau hampir sama dengan menggunakan Google Scholar.

Penggunaan aplikasi WhatsApp dan Telegram adalah perbincangan yang sangat popular kini kerana ia percuma.Pelajar boleh membuka sebuah kumpulan perbincangan menggunakan kumpulan WhatsApp. Adakalanya jadual kerja yang padat menyebabkan pelajar tidak dapat memperuntukkan masa bagi berbincang secara bersemuka. Dengan itu, perbincangan atas talian adalah kemudahan yang boleh digunakan untuk tujuan lebih memberi faedah. Pelajar boleh mengajukan sebarang pertanyaan dan rakan lain boleh menjawab dengan cepat walaupun mereka tidak berada berdekatan. Pengetahuan pelajar akan saling lengkap melengkapi. Pelajar akan berasa mereka tidak lagi sunyi. Mereka akan lebih bermotivasi untuk belajar. Moto yang selalu saya gunakan bersama pelajar ialah 'Sharing is Caring'. Ada juga pelajar yang kurang terbabit dalam perbincangan secara bersemuka dalam kelas, tetapi menjadi aktif sewaktu perbincangan atas talian. Mereka berasa diberi peluang yang sama rata dan tidak perlu menonjolkan suara kuat dan bentuk fizikal. Ada pelajar yang berasa suara mereka terlalu perlahan atau rupa fizikal mereka kurang menarik dan keadaan ini menjadikan mereka malu untuk berbincang secara bersemuka. Pelajar boleh memperbetulkan ayat dan isi perbincangan mereka sehingga mereka yakin untuk dikongsikan secara bersama.

Kesimpulannya, pembacaan pada abad ke-21 banyak membabitkan penggunaan gajet dan internet bagi membantu pelajar dalam meningkatkan tahap pemahaman mereka. Oleh itu, strategi pembacaan perlu diubah selari perubahan masa dan keperluan.

No comments:

Post a Comment