widgeo.net

Wednesday, 10 February 2016

IDE (INTEGRATED DEVELOPMENT ENVIRONMENT)

Assalamualaikum w.b.t 

Pada petang ini, saya akan kongsikan maklumat tentang IDE.


DEFINISI IDE

  • IDE adalah sebuah program software aplikasi yang memberikan fasiliti kepada programmer ketika membuat program.
  • Biasanya sebuah IDE terdiri dari source code editor build automation tools dan debugger.
  • untuk menulis sebuah program, boleh menggunakan text editor atau IDE.Bagi yang sudah mahir, menulis program dengan text editor bukanlah menjadi masalah.tetapi untuk permulaan akan lebih mudah jika menggunakan IDE.
JENIS - JENIS IDE
  • code block IDE adalah free IDE yang sangat baik untuk membuat program c++.
  • Creator IDE merupakan kegunaan untuk pembuatan aplikasi c++ berasaskan dengan Qt framework

MPEG (MOTION PICTURES EXPERT GROUP)

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini saya akan memasukkan entri tentang MPEG ataupun Motion Pictures Expert Group.

DEFINISI MPEG
  •   Satu kumpulan kerja ISO.Istilah ini merujuk kepada satu keluarga atau kumpulan mampatan video digital dan format-format fail yang dihasilkan oleh kumpulan tersebut.

SEJARAH
  • Diasaskan oleh ISO dan IEC bertujuan untuk audio, mampatan video dan transmisi.
  •  MPEG dihasilkan dalam tahun 1988 oleh Hiroshi Yasuda (Nippon Telegraph and Telephone) dan Leonardo Chiariglione.
  • Pada Mei 1988 di Ottawa, Kanada, telah berlangsungnya mesyuarat pertama MPEG.
  •  Dalam bulan akhir 2005, MPEG telah mempunyai seramai 350 ahli setiap mesyuarat daripada pelbagai industry, university dan institusi pengajian.
j KELEBIHAN MPEG
  •   Disokong oleh semua pelayar web popular
  •   Menggabungkan kualiti video yang tinggi dan saiz fail yang kecil
  •   Kemungkinan mewujudkan konsep pengekodan baru berasaskan MPEG
  Di sini saya selitkan maksud bagi ISO dan IEC.
  •   ISO - International Standard Organization.
  •   IEC - International Electronical Commercial
Sekian sahaja tentang MPEG.Harap maklumat yang saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

  SENYUM SELALU ^_^

Monday, 8 February 2016

ASCII (AMERICAN STANDARD CODE FOR INFORMATION INTERCHANGE)

Assalamualaikum w.b.t

Pada malam ini, saya akan mengemaskini blog saya dengan entri tentang ASCII.

PENGENALAN TENTANG ASCII

  • Kod ASCII adalah kod tujuh bit, ini bermakna ia menggunakan susunan tujuh angka binari dari angka perpuluhan 0 sehinggan 127 untuk mewakili setiap simbol.
SEJARAH ASCII
  • Dicipta oleh Ivan Idelson di Ferranti,United Kingdom pada tahun 1956.
  • Pertama kali digunakan pada tahun 1963.
DEFINISI ASCII
  • Satu format yang lazim digunakan untuk fail teks dalam komputer dan internet.Kod ASCII telah dibangunkan oleh American National Standard Institute (ANSI).Dalam fail yang menggunakan kod ASCII, setiap aksara (angka, abjad dan simbol khas) diwakili oleh sejumlah 7 bit nombor penduaan yang terdiri daripada rentetan tujuh '0' dan '1'.Ia melibatkan sejumlah 128 aksara biasa dengan aksara 128 lanjutan.
FUNGSI ASCII
  • Digunakan untuk mewakili aksara-aksara angka mahupun huruf di dalam komputer.Sebagai contoh, dapat kita lihat pada aksara 1,2,3,,A,B,C dan sebagainya.
Di bawah ini adalah contoh-contoh kod ASCII.

Sekian sahaja tentang ASCII.Harap ilmu yang saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua.SELAMAT MALAM DUNIA.

SENYUM SELALU ^_^

DLNA (DIGITAL LIVING NETWORK ALLIANCE)

Assalamualaikum w.b.t

Pada petang ini, saya akan mengongsi maklumat tentang Digital Living Network Alliance atau singkatannya adalah DLNA.

DEFINISI DLNA

  • DLNA adalah satu set antara operasi garis panduan untuk berkongsi media digital di kalangan multimedia.
SEJARAH DLNA
  • Ditubuhkan oleh Sony Corporation pada tahun 2003.
  • Nama asalnya adalah DHWG (Digital Home Work Group).
  • Apabila set pertama garis panduan DLNA diterbitkan, HOME Rangkaian Peranti Garis Panduan Interoperability V.I.5 telah diterbitkan pada Mac 2006.
SPESIFIKASI DLNA
  • Mempunyai Mobile Digital Media Player (M-DMP) untuk mencari dan memainkan kandungan pelayan digital media (DMS).
  • Digital Media Renderer untuk memainkan kandungan dari pelayan media digital seperti televisyen.
  • Digital Media Player untuk mencari kandungan pada pelayan media digital seperti monitor wayarless.
SYARIKAT AHLI
  • Dolby
  • Intel
  • Panasonic
  • Samsung Electronics
  • Verizon
Sekian sahaja tentang DLNA.Harap ilmu yang saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

SENYUM SELALU ^_^

HTML (HYPER TEXT MARKUP LANGUAGE)

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya ditugaskan untuk mengemaskini blog dengan memasukkan entri tentang Database Abbreviation.Jadi, saya akan mengongsi maklumat bersama anda tentang HTML terlebih dahulu.

DEFINISI HTML

  • HTML adalah bahasa tanda yang digunakan untuk menampilkan objek atau data pada laman web.
SEJARAH HTML
  • Dicipta oleh Tim Berners Lee.
  • HTML berkembang pesat pada tahun 1990.
FUNGSI HTML
  • Sebagai bahasa tanda internet.
  • Untuk membuat laman web.
TAG ASAS HTML & KEGUNAANYA
  • <html> - Untuk membuat laman web.Semua laman web mengandungi tag ini.
  • <title> - Untuk menampilkan tajuk di Title Bar.
  • <head> - Semua elemen head diletakkan di sini.
  • <body> - apa yang ditulis di sini akan terlihat pada browser.
CONTOH-CONTOH TAG
  • image - <img src="smiley.jpg">
  • hyperlink - <a href="www.youtube.com"> </a>
  • button - <button> </button>
KELEBIHAN HTML
  • Dapat digunakan pada pelbagai jenis komputer
KELEMAHAN HTML
  • Memiliki tag-tag yang banyak
  • Susah untuk dipelajari
CONTOH SOFTWARE EDITOR BAGI HTML
  • Notepad
  • Sublime Text
  • Dreamweaver
  • Notepad ++
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan tentang HTML.Nantikan entri saya yang akan datang.Harap ilmu yang saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

SENYUM SELALU ^_^

Tuesday, 26 January 2016

CARA - CARA MEMBUAT QUERY MENGGUNAKAN QUERY DESIGN

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya ditugaskan untuk membuat query menggunakan QUERY DESIGN.Jadi, saya akan berkongsi maklumat tentang cara -cara membuat query menggunakan query design.


  • Pangkalan data yang sedia ada dibuka (hotel.accd) pada Ms Access.


  • Klik tab ‘CREATE’ pada ‘RIBBON’.Terdapat ikon bagi ‘QUERY WIZARD’ dan ‘QUERY DESIGN’.


  • Klik pada ikon bagi‘QUERY DESIGN'.

  • Kemudian, klik pada button ‘Add’ untuk menambah jadual yang dikehendaki dan akan terpapar box seperti berikut.

  •       Leretkan medan Nama Pelanggan dan medan Hotel pada kotak yang disediakan di bawahnya.

  •        Klik pada ikon ‘Run’ dan hasilnya akan menjadi seperti berikut.



  Sekian sahaja tentang cara - cara membuat query menggunakan query design.Saya harap ilmu yang saya kongsikan ini dimanfaatkan oleh semua orang.

  SENYUM SELALU ^_^




Saturday, 16 January 2016

JENIS-JENIS ANOMALI

Assalamualaikum w.b.t 

Hari ini saya akan mengongsi maklumat dengan anda semua tentang subjek yang saya telah pelajari iaitu tentang JENIS-JENIS ANOMALI dalam modul KPD 302.



1. ANOMALI PENAMBAHAN (INSERT)


Definisi : Anomali yang berlaku apabila hendak menambah nilai ke dalam hubungan (jadual).

Contoh :

No_Matriks
Nama_Pelajar
Kursus
Sukan / Permainan
001
Ali
Kejuruteraan
Bola Tampar
002
Shima
Kewartawanan
Bola Jaring
003
Khairul
Kedoktoran
Ragbi
  • Jadual di atas tidak dapat melakukan penambahan data seorang pelajar kerana pelajar tersebut tidak mengambil bahagian dalam sukan / permainan.


 2. ANOMALI PENGHAPUSAN (DELETE)


    Definisi : Anomali yang berlaku apabila hendak menghapuskan satu nilai data dalam hubungan (jadual).

    Contoh :

Kod_Kursus
Nama_Kursus
Jabatan
Nama_Pelajar
KPD 201
HTML Programming
ICT
Ammar
HBP 202
Pastri
Hospitaliti
Hazwani
BPB 203
Kredit dan Debit
Perniagaan
Afiq
KMK 204
Fotografi
ICT
Alya
  
  • Jika Alya berhenti mengambil kursus KMK 204 maka akan terhapus semua rekod tentang Alya termasuk kursusnya sehingga kursus KMK 204 tidak akan diketahui kerana telah terhapus sekali sedangkan kursus itu ada.

3. ANOMALI PENGUBAHSUAIAN (UPDATE)

   Definisi : Anomali yang berlaku apabila hendak mengubah satu-satu nilai data dalam hubungan (jadual).

   Contoh :

Id_Pelajar
Nama_Pelajar
Yuran_Pibg(RM)
Kursus
1111
Aina
250
Seni Kulinari
1112
Azira
250
Perbankan
1113
Salihah
250
Animasi
  • Jika terjadi perubahan yuran pibg daripada Rm 250 ke RM 300 maka akan menjadi masalah untuk membuat perubahan berkali-kali.

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan buat masa ini.Saya akan mengemaskini blog saya dengan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan kursus saya.Sekian sahaja dari saya.

SENYUM SELALU ^_^