widgeo.net

Saturday, 16 January 2016

JENIS-JENIS ANOMALI

Assalamualaikum w.b.t 

Hari ini saya akan mengongsi maklumat dengan anda semua tentang subjek yang saya telah pelajari iaitu tentang JENIS-JENIS ANOMALI dalam modul KPD 302.



1. ANOMALI PENAMBAHAN (INSERT)


Definisi : Anomali yang berlaku apabila hendak menambah nilai ke dalam hubungan (jadual).

Contoh :

No_Matriks
Nama_Pelajar
Kursus
Sukan / Permainan
001
Ali
Kejuruteraan
Bola Tampar
002
Shima
Kewartawanan
Bola Jaring
003
Khairul
Kedoktoran
Ragbi
  • Jadual di atas tidak dapat melakukan penambahan data seorang pelajar kerana pelajar tersebut tidak mengambil bahagian dalam sukan / permainan.


 2. ANOMALI PENGHAPUSAN (DELETE)


    Definisi : Anomali yang berlaku apabila hendak menghapuskan satu nilai data dalam hubungan (jadual).

    Contoh :

Kod_Kursus
Nama_Kursus
Jabatan
Nama_Pelajar
KPD 201
HTML Programming
ICT
Ammar
HBP 202
Pastri
Hospitaliti
Hazwani
BPB 203
Kredit dan Debit
Perniagaan
Afiq
KMK 204
Fotografi
ICT
Alya
  
  • Jika Alya berhenti mengambil kursus KMK 204 maka akan terhapus semua rekod tentang Alya termasuk kursusnya sehingga kursus KMK 204 tidak akan diketahui kerana telah terhapus sekali sedangkan kursus itu ada.

3. ANOMALI PENGUBAHSUAIAN (UPDATE)

   Definisi : Anomali yang berlaku apabila hendak mengubah satu-satu nilai data dalam hubungan (jadual).

   Contoh :

Id_Pelajar
Nama_Pelajar
Yuran_Pibg(RM)
Kursus
1111
Aina
250
Seni Kulinari
1112
Azira
250
Perbankan
1113
Salihah
250
Animasi
  • Jika terjadi perubahan yuran pibg daripada Rm 250 ke RM 300 maka akan menjadi masalah untuk membuat perubahan berkali-kali.

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan buat masa ini.Saya akan mengemaskini blog saya dengan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan kursus saya.Sekian sahaja dari saya.

SENYUM SELALU ^_^

No comments:

Post a Comment