Assalamualaikum w.b.t
Hari ini saya ditugaskan untuk mengemaskini blog saya dengan modul yang baru saya pelajari iaitu tentang PENORMALAN.
Hari ini saya ditugaskan untuk mengemaskini blog saya dengan modul yang baru saya pelajari iaitu tentang PENORMALAN.
KONSEP PENORMALAN
Dalam kita mereka bentuk pangkalan data hubungan, kita ingin
menghasilkan suatu pangkalan data hubungan yang baik dengan mengurangkan
bilangan duplikasi data.
Proses untuk menghasilkan pangkalan yang baik dengan
mengurangkan bilangan duplikasi adalah melalui proses penormalan.
Penormalan merupakan satu cara untuk menganalisa
jadual-jadual berdasarkan kekunci dan kebergantungan fungsian.Di mana ia
melibatkan peraturan tertentu pada suatu jadual supaya pangkalan data boleh
dinormalkan pada mana-mana peringkat.
Proses penormalan telah diperkenalkan oleh Codd pada tahun
1972.Tiga bentuk penormalan yang akan diberi tumpuan ialah :
- Bentuk Normal Pertama (1NF) – First Normal Form
- Bentuk Normal Kedua (2NF) – Second Normal Form
- Bentuk Normal Ketiga (3NF) - Third Normal Form
g Walau bagaimanapun, terdapat juga bentuk penormalan yang lebih tinggi seperti Bentuk penormalan Boyce-Codd (BCNF).Tetapi bentuk penormalan seperti ini jarang digunakan.
TUJUAN DAN KEPERLUAN PENORMALAN
- Menghasilkan skema hubungan dengan pengumpulan atribut yang paling optimum.
- Mengurangkan data lewah.
- Mengatasi masalah anomaly.
No comments:
Post a Comment