widgeo.net

Friday, 22 April 2016

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

Assalamualaikum w.b.t

Pada kali ini, saya ditugaskan untuk memilih satu laman web dan membuat pembentangan tentang laman web tersebut.Laman web yang saya pilih adalah BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL.

SEJARAH
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal, telah ditubuhkan pada tahun 1964. Peranan utamanya adalah menentukan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara ini. Skop tugas BPTV termasuk memberi khidmat menyelidik, merancang, melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional (SMT/V) di seluruh Negara.
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Bermula 1 Mac 2008, berlaku satu pengstrukturan menyeluruh di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Teknikal ditukar kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan. BPTV terbahagi kepada 4 mengikut fungsi utamanya iaitu:
 i.  Pengoperasian Sekolah (dahulunya BPPTV),
ii.  Pengurusan Akademik (dahulunya BKTV),
iii. Pembangunan PTV (dahulunya BRS), dan
    iv. Pembangunan Kejurulatihan PTV (dahulunya BLKS).

Berikut adalah paparan bagi halaman utama BPTV : 


FUNGSI
  • Fungsi laman web ini adalah untuk memberi maklumat tentang pendidikan teknik & vokasional.


KELEBIHAN
  • Dapat mengetahui perkembangan baharu pendidikan teknik & vokasional
KEKURANGAN
  • Laman web ini terhad kepada bahagian pendidikan teknik & vokasional sahaja.
LAMAN WEB YANG MENJADI PESAING
  • KPM (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA)
CADANGAN PEMBAIKAN
  • Saya mencadangkan agar mengubah design laman web tersebut kerana bagi saya designnya tidak berapa menarik.
HARAPAN
  • Saya ingin terlibat dalam perekaan laman web ini.


Friday, 15 April 2016

KOMPONEN KEBOLEHCAPAIAN PANGKALAN DATA

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini saya ingin berkongsi maklumat tentang komponen kebolehcapaian pangkalan data.

Komponen kebolehcapaian pangkalan data terbahagi kepada tiga iaitu CONNECTIVITY, INTEROPERABILITY dan INTERFACE.

CONNECTIVITY
·         Adalah komponen yang diperlukan untuk membuat sambungan di antara pelanggan (client) dengan pangkalan data.
·         Komponen connectivity diperlukan bagi membolehkan pengguna menyambung ke dalam pangkalan data.

INTEROPERABILITY
·         Adalah struktur komponen iaitu (perkakasan, perisian, standard pangkalan data dan sebagainya) yang membolehkan mereka berinteraksi dan berkongsi maklumat di antara satu sama lain.

INTERFACE

·         Merupakan kebolehan dalam menyediakan kapasiti sistem untuk menyokong pelbagai persekitaran aplikasi yang dibangunkan pada pangkalan data.

Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini.
SENYUM SELALU ^_^

Friday, 4 March 2016

CARA MEMBUAT REPORT DARIPADA JADUAL

Assalamualaikum w.b.t 

Kali ini saya akan kongsi maklumat tentang cara membuat report daripada jadual.


Tujuannya adalah untuk salinan hardcopy, rujukan tanpa komputer, kegunaan luar pejabat, kertas kerja, majikan dan sebagainya.
  •  Buka Ms Access sedia ada. 
  • Klik pada tab ‘CREATE’.  
  • Klik pada mana-mana ikon report pada group menu report (cth:Report Wizard) untuk membuat jadual penginapan seperti contoh di bawah.


  •  Klik pada ikon ‘Report Wizard’ dan akan terpapar dialog box seperti di bawah.

  •  Pilih medan-medan pada dialog box tersebut.(cth:namaPelanggan, hotel, bilanganHari dan jumlahBayaran).

  • Klik button ‘Next’ dan ‘Finish’ pada dialog box-dialog box yang seterusnya.




  •  Hasilnya akan menjadi seperti paparan berikut.





Thursday, 11 February 2016

EXTENDED BINARY CODED INTERCHANGE CODE (EBCDIC)

Assalamualaikum w.b.t

Saya berkongsi maklumat tentang EBCDIC.

Definisi

  • Kod binari untuk aksara abjad atau angka yang dibangunkan oleh IBM

Sejarah

  • Dicipta pada tahun 1963 dan 1964

Contoh kod

A : 11000001
B : 11000010

Kebaikan

  • Terdiri daripad aksara 8 bit dan bukannya 6 bit iaitu aksara yang lama 

Kekurangan 

  • Hanya boleh digunakan untuk memproses aksara bahasa Inggeris dan bukannya aksara bahasa arab .

TRANSMISSION CONTROL PROTOCOL (TCP)

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya akan berkongsi maklumat tentang TCP.

DEFINISI

  • TCP merupakan salah satu protokol teras bagi suit protokol internet (SPI).TCP membekalkan khidmat pertukaran keutuhan data secara langsung diantara dua hos rangkaian pesanan merentasi satu atau lebih rangkaian.

SEJARAH 

Pada bulan Mei 1974, Institute Engineering Electrical and Electronical (IEEE) menerbitkan kertas kerja protokol untuk paket rangkaian.

OPERASI

1. Dengar 
*menunggu permintaan sambungan dari mana - mana TCP yang jauh.

2.Ditubuhkan
*mewakili sambungan yang terbuka,data yang diterima dapat disampaikan kepada pengguna.

3.Tutup
*menunggu sambungan penamatan permintaan pengakuan dari TCP yang jauh


Wednesday, 10 February 2016

IDE (INTEGRATED DEVELOPMENT ENVIRONMENT)

Assalamualaikum w.b.t 

Pada petang ini, saya akan kongsikan maklumat tentang IDE.


DEFINISI IDE

  • IDE adalah sebuah program software aplikasi yang memberikan fasiliti kepada programmer ketika membuat program.
  • Biasanya sebuah IDE terdiri dari source code editor build automation tools dan debugger.
  • untuk menulis sebuah program, boleh menggunakan text editor atau IDE.Bagi yang sudah mahir, menulis program dengan text editor bukanlah menjadi masalah.tetapi untuk permulaan akan lebih mudah jika menggunakan IDE.
JENIS - JENIS IDE
  • code block IDE adalah free IDE yang sangat baik untuk membuat program c++.
  • Creator IDE merupakan kegunaan untuk pembuatan aplikasi c++ berasaskan dengan Qt framework

MPEG (MOTION PICTURES EXPERT GROUP)

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini saya akan memasukkan entri tentang MPEG ataupun Motion Pictures Expert Group.

DEFINISI MPEG
  •   Satu kumpulan kerja ISO.Istilah ini merujuk kepada satu keluarga atau kumpulan mampatan video digital dan format-format fail yang dihasilkan oleh kumpulan tersebut.

SEJARAH
  • Diasaskan oleh ISO dan IEC bertujuan untuk audio, mampatan video dan transmisi.
  •  MPEG dihasilkan dalam tahun 1988 oleh Hiroshi Yasuda (Nippon Telegraph and Telephone) dan Leonardo Chiariglione.
  • Pada Mei 1988 di Ottawa, Kanada, telah berlangsungnya mesyuarat pertama MPEG.
  •  Dalam bulan akhir 2005, MPEG telah mempunyai seramai 350 ahli setiap mesyuarat daripada pelbagai industry, university dan institusi pengajian.
j KELEBIHAN MPEG
  •   Disokong oleh semua pelayar web popular
  •   Menggabungkan kualiti video yang tinggi dan saiz fail yang kecil
  •   Kemungkinan mewujudkan konsep pengekodan baru berasaskan MPEG
  Di sini saya selitkan maksud bagi ISO dan IEC.
  •   ISO - International Standard Organization.
  •   IEC - International Electronical Commercial
Sekian sahaja tentang MPEG.Harap maklumat yang saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

  SENYUM SELALU ^_^